SAUDARA PENGARANG, SAYA merupakan pelanggan tetap medan selera Seksyen 8, Petaling Jaya, Selangor kerana banyak makanan dijual peniaga di situ. Ada banyak gerai menawarkan jualan makanan yang menyelerakan. Namun , saya sedikit kecewa dan ralat kerana keadaannya yang kotor seperti tidak pernah diselenggara atau dibersihkan. Persoalannya jika aspek kebersihan itu merupakan tanggungjawab peniaga, ini bermakna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak pernah menasihati peniaga supaya mengadakan gotong-royong membersihkan gerai-gerai tersebut.…










