Perlu segera perkasa undang-undang, mahkamah syariah

Perlu segera perkasa undang-undang, mahkamah syariah

KEPUTUSAN kes Nik Elin boleh dijadikan pencetus untuk memperkasakan lagi undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menghormati keputusan mahkamah tertinggi negara berhubung kes Nik Elin Zurina. Keputusan tersebut jika dilihat dari sudut positif, ia mencerminkan bahawa kedudukan mahkamah syariah di Malaysia adalah kekal utuh dan terjamin kedudukannya sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebanyak 20 seksyen yang dicabar ialah sebahagian daripada 68 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2019. Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya 16 seksyen sahaja mereka bersetuju dengan hujah Nik Elin untuk isytiharkan tidak sah. Empat seksyen lain mahkamah memihak kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk membuat undang-undang berkenaan.

Masih terdapat undang-undang syariah yang berkaitan mahkamah syariah yang digubal menurut kompetensi DUN, masih kekal utuh dan terjamin kedudukannya.

Dengan keputusan tersebut, pihak kerajaan perlu segera mengadakan perbincangan dengan pemegang taruh berkaitan dan semua pihak yang terlibat untuk sama-sama berbincang dan menilai langkah ke hadapan bagi pemerkasaan mahkamah syariah, termasuk melakukan apa-apa pindaan undang-undang.

Keputusan ini boleh dijadikan pencetus untuk memperkasakan lagi undang-undang dan mahkamah syariah di negara ini, termasuk mencadangkan peruntukan-peruntukan atau undang-undang baharu yang di bawah bidang kuasa DUN.

Kerajaan telahpun menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Maka kita serahkan kepada jawatankuasa ini untuk mengemukakan cadangan yang berkaitan.-UTUSAN

MUSA AWANG
Presiden Persatuan Peguam
Syarie Malaysia (PGSM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN