Hormati sensitiviti umat Islam

Hormati sensitiviti umat Islam

AMBIL langkah-langkah untuk memastikan penggunaan kalimah Allah menghormati sensitiviti agama Islam dan budaya Melayu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, umat Islam di Malaysia digemparkan dengan penjualan stoking yang diletakkan kalimah Allah. Stoking tersebut dijual oleh KK Super Mart yang merupakan antara rangkaian runcit yang terbesar di Malaysia.

Peletakan nama Allah di stoking untuk dijual merupakan tindakan yang biadap dan mengganggu-gugat keharmonian hidup bermasyarakat khususnya umat Islam di Malaysia.

Kesalahan penggunaan kalimah Allah diakui sendiri oleh pihak pengurusan KK Super Mart akan kesilapan tersebut. Namun demikian, permohonan maaf sahaja tidak cukup. Klarifikasi mengenai sebab berlaku isu tersebut juga perlu diperjelaskan.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah, patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta rasul-Nya kamu memperolok-olokkan dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman.” (Surah At-Taubah: Ayat 65-66).

Bertitik tolak dengan itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berpendirian bahawa rakyat Malaysia mestilah menghormati dan mengakui keagungan kalimah Allah dalam agama Islam. Kalimah ini mempunyai makna mendalam dan peranan penting dalam kepercayaan masyarakat.

GAMIS menyeru agar semua pihak mengambil langkah-langkah untuk memastikan penggunaan kalimah ini menghormati sensitiviti agama dan budaya.

GAMIS menggesa agar pihak KK Super Mart dan juga masyarakat secara keseluruhannya meningkatkan kesedaran tentang penggunaan kalimah Allah.

GAMIS berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan penuh kebijaksanaan dan menghormati hak-hak semua pihak. GAMIS akan terus memantau perkembangan dan memberikan sokongan kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. – UTUSAN

GABUNGAN MAHASISWA
ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN