SAUDARA PENGARANG, SAYA bersetuju dengan Pengerusi Majlis Sara Hidup Negara ( NACCOL) bahawa kesukaran menemui beras tempatan angkara kartel dalam industri beras. Dapat dilihat kenaikan dan kekurangan bekalan makanan seperti ayam, telur serta gula ada persamaan dengan masalah beras yang berkemungkinan berpunca akibat permainan pihak berkepentingan dalam industri berkenaan. Mereka boleh dikatakan berkemampuan dan telah menguasai industri makanan ini dan sekarang mereka berkuasa dalam menentukan bekalan, menentukan turun naik harga…