Malaysia perlu kilang kitar semula kenderaan lama

Malaysia perlu kilang kitar semula kenderaan lama

KEADAAN kereta lama yang tersadai menyusahkan penduduk di sesuatu kawasan perumahan untuk meletakkan kenderaan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai lambakan kenderaan lama di seluruh negara yang mencacatkan pemandangan dan mengundang pelbagai masalah seperti kekotoran dan lain-lain.

Dianggarkan sebanyak 7 juta kenderaan lama tersadai berbanding 33 juta buah kenderaan berdaftar di negara ini dan jumlah ini melebihi bilangan penduduk Malaysia.

Kerajaan perlu mempunyai dasar berkaitan isu ini. Ini termasuk melupuskan kenderaan lama tanpa mengira tempoh tersadai walaupun cukai jalan masih ada. Selain itu, pemilik kenderaan harus diberi amaran, denda atau bayaran sewa tempat letak kenderaan tersadai jika membiarkan kenderaan itu berada di luar dari kawasan rumah dan tanah milik mereka.

Tetapi harus dipastikan akta itu tidak melibatkan kenderaan lama tetapi masih boleh digunakan.

Malaysia perlu mencontohi beberapa negara maju yang mengambil inisiatif mengitar semula bahan komponen kenderaan yang tidak digunakan untuk dijadikan produk baharu.

Bagi Malaysia yang mempunyai dua kilang pengeluar kereta sendiri serta mengimport kereta dari negara luar, sepatutnya pihak berwajib memikirkan cara dan kaedah pelupusan kenderaan lama yang begitu banyak ini.

Jika tidak mampu membina sebuah kilang raksasa mengitar semula bahan sekurang-kurangnya kerajaan membenarkan pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain untuk melupus atau mengitar semula tayar kenderaan untuk dijadikan sebagai tukun di laut, sementara logam dijadikan kepingan besi sebagai penahan benteng sungai dan pantai serta lain-lain lagi, termasuk juga mengitar semula tayar kenderaan.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN