Kemurungan boleh diatasi secara kendiri

Kemurungan boleh diatasi secara kendiri

KITA tidak boleh membiarkan remaja berdepan masalah kemurungan sendirian sebaliknya sokongan daripada orang sekeliling dapat membantu proses pemulihan. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM konteks hari ini, remaja dikatakan mempunyai kecenderungan untuk mengalami kemurungan berbanding peringkat umur lain. Satu daripada sembilan orang, adalah pesakit mental. Separuh daripada pesakit mental bermula seawal umur 14 tahun akibat tekanan.

Di peringkat usia ini mereka dalam fasa mengalami cabaran unik seperti isu kematangan, penyesuaian di sekolah menengah, transisi antara kanak kanak ke remaja, remaja ke dewasa, penyesuaian persekitaran, rakan dan perubahan psikologik.

Menurut Laporan Cynthia Vinney pada Oktober 2022 menyatakan remaja semakin terdedah dengan tingkah laku berisiko apabila berdepan dengan pelbagai isu emosi, konflik individu signifikan seperti ibu bapa atau adik beradik.

Terdapat pelbagai cara untuk membantu menangani isu kemurungan ini. Antaranya adalah pendekatan seperti teknik pernafasan yang betul, pemilihan aktiviti yang sesuai dan menggembirakan, mengurut, terapi bermain, mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional dan luahan kepada golongan profesional.

Hal ini menunjukkan bahawa wujud keperluan berbeza iaitu keperluan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) khususnya bagi mengurangkan kemurungan remaja melalui teknik mengenali pemikiran tidak rasional. Kegembiraan dan kehidupan yang baik mampu dicapai dengan penerapan teknik dalam REBT.

Remaja murung cenderung kepada kesan negatif dan tingkah laku berisiko. Jika tidak diurus dari awal, kemurungan mampu menghancurkan hidup seseorang dan tahap kemurungan akan lebih teruk boleh berlaku pada peringkat dewasa dan tua.

Yang kedua ialah isu kaunselor iaitu keperluan modul khusus dalam pelaksanaan sesi kaunseling.

Di Malaysia, kita menyediakan perkhidmatan kaunseling yang memberi fokus kepada pendekatan REBT selaras dengan negara Barat yang telah lama mengaplikasi pendekatan ini bagi memberi bantuan awal untuk pembinaan karakter remaja.

Profesion kaunseling sentiasa ada bila diperlukan, namun kadang kala sesetengah pihak menafikan kewujudan kepakaran mereka.

Natijah kemurungan yang panjang boleh memberi impak kepada negara kerana kita berdepan dengan isu kesejahteraan remaja yang bakal menerajui kememimpinan negara.-UTUSAN

DR. NOR ASIKHIN ISHAK
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN