Jadikan kisah Mustafa Kemal Ataturk sebagai pengajaran bila memimpin

Jadikan kisah Mustafa Kemal Ataturk sebagai pengajaran bila memimpin

MUSTAFA Kemal Ataturk dianggap diktator sepanjang pemerintahannya di Tukiye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PRESIDEN Pertama Turikye, Mustafa Kemal Ataturk dianggap sebagai bapa pemodenan Turkiye yang sangat dibanggakan sehingga diberi gelaran Ataturk yang bermaksud bapa orang Turkiye. Beliau juga membawa sekularisme di negara itu.

Namun jika dilihat dan diteliti dari sudut pandang lain Mustafa kemal merupakan seorang Yahudi yang memeluk Islam untuk menghancur agama itu. Beliaulah yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.

Berikut adalah perubahan yang dilakukan Mustafa Kemal sepanjang pemerintahan beliau:

• Permulaannya, dia telah mengubah assalamualaikum kepada merhaba (selamat datang).
• Jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniyah apabila Mustafa Kemal membubarkan Kerajaan Khalifah pada 3 Mac 1924.
• Mustafa Kemal memperkenalkan undang-undang baharu yang bercanggah dengan Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turkiye.
• Membenarkan perempuan memakai tudung namun dengan syarat berskirt.
• Menegaskan bahawa negara tidak akan maju sekiranya rakyat tidak berpakaian moden.
• Mengarahkan al-Quran dicetak dalam bahasa Turkiye.
• Agama Islam dibuang sebagai agama rasmi.
• Menukarkan Masjid Hagia Sofia kepada gereja.
• Membatalkan undang-undang waris dan faraid dalam Islam.
• Menganggap dirinya sebagai Tuhan sama seperti Firaun. Pernah seorang askar ditanya oleh Mustafa Kemal , siapakah Tuhan dan di mana Tuhan tinggal? Oleh kerana takut askar tersebut menjawab. “Mustafa Kamal adalah Tuhan”.

Melihat kepada segala perubahan yang dilakukan, diceritakan ketika di hujung nyawa Mustafa Kemal menderita dengan penyakit dan hukuman yang teruk. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah pemerintahan Mustafa Kemal ini. Sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita menggalas peranan dan tanggungjawab yang amat besar dalam membawa nama Islam.

Tidak kiralah sama ada berjawatan tinggi atau rendah, masing-masing perlu memainkan peranan. Semoga kita mampu membawa perubahan yang baik buat agama dan negara.-UTUSAN

ADEEBA RAIHANA AZARUDDIN
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×