Hijab bukan sekadar kain menutupi kepala

Hijab bukan sekadar kain menutupi kepala

HARI Hijab Sedunia disambut 1 Februari setiap tahun. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HIJAB bukan hanya sekadar kain yang menutupi kepala, tetapi juga merupakan simbolik kepada kekuatan, kehormatan dan keteguhan iman seorang wanita bercitra Islam.

Menyoroti sejarah pemakaian tudung di Malaysia, ia dicetuskan oleh aktivis wanita dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (HEWI PKPIM) dan Hal Ehwal Wanita (HELWA ABIM) pada awal tahun 1970-an yang telah memulai gerakan kesedaran pengamalan pemakaian tudung di universiti dan institusi pendidikan di Malaysia.

Walaupun mendapat tentangan dan sindiran dari berbagai pihak pada awalnya namun, revolusi ini memberi kesan yang menyeluruh dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam memaknai keindahan nilai-nilai Islam yang syumul

Pengamalan pemakaian tudung bukan hanya menjadi sebahagian dari identiti sebagai wanita Muslimah, tetapi juga merupakan medium dakwah kepada masyarakat.

Bersempena Hari Hijab Sedunia, HEWI PKPIM menyeru wanita-wanita Muslim agar terus memperjuangkan hak dalam pemakaian hijab mengikut tuntutan Syar’i.

Dalam kelembutan kain, hijab menjadi simbol kekuatan. Selamat Hari Hijab Sedunia! – UTUSAN

NUR NADIRAH NUR NADIRAH HAMDAN
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×