SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini, negara menghadapi cabaran keselamatan makanan, iaitu kekurangan beras putih. Bioteknologi muncul sebagai penyelamat yang mampu menawarkan penyelesaian inovatif untuk memastikan keselamatan makanan global. Dengan menyepadukan pengetahuan biologi dan teknologi, ia mampu memanfaatkan kuasa organisma hidup dan sistemnya untuk membangunkan teknologi yang meningkatkan kandungan nutrisi serta menguatkan tumbuhan daripada perosak selain penyakit. Salah satu sumbangan utama bioteknologi kepada keselamatan makanan terletak pada keupayaannya untuk meningkatkan hasil tanaman.…










