Tidak bersalah sehingga dibuktikan

Tidak bersalah sehingga dibuktikan

PENTING untuk setiap pihak menghormati prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah bagi melindungi pihak yang dituduh daripada dipandang serong oleh masyarakat sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri dan keluarganya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP  individu yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah boleh kemukakan proses rayuan ke mahkamah lebih tinggi. Prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah patut terpakai di dalam kes melibatkan proses rayuan mahkamah juga.

Dalam sistem ataupun prosedur perundangan khususnya undang-undang jenayah yang telah lama diamalkan di negara kita dan di serata dunia, setiap orang yang didakwa atas sesuatu kesalahan dianggap tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan betul-betul bersalah. 

Dari segi undang–undang hanya terdapat dua standard dalam kes mahkamah iaitu melampaui keraguan munasabah untuk kes jenayah manakala ia adalah melampaui imbangan kebarangkalian untuk kes sivil. Rujukan boleh dilakukan melalui kes Sinnaiyah & Sons Sdn. Bhd. lwn. Damai Setia Sdn. Bhd. (2015).  

Pun begitu, adakah prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah turut terpakai kepada pihak yang sedang melalui proses rayuan di mahkamah? Selalunya prinsip ini dilihat terpakai untuk proses perbicaraan sahaja. Namun, sudah termaktub di dalam sistem jurispruden negara kita yang menetapkan sesebuah proses rayuan adalah sambungan kepada proses perbicaraan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui keputusan diambil oleh mahkamah dalam kes Balasingham lwn. Public Prosecutor (1959) dan kes Bird Dominic Jude lwn. Public Prosecutor (2014).

Oleh demikian, penting untuk setiap pihak menghormati prinsip atau amalan ini yang diterima pakai dalam semua negara termasuk di Malaysia. Amalan ini adalah penting bagi melindungi pihak yang dituduh daripada dipandang serong oleh masyarakat sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri dan keluarganya. 

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut prinsip ini secara jelas dan nyata tetapi mahkamah memutuskan ia terpakai di negara ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Adalah penting hak kebebasan setiap individu dihormati serta dilindungi pada setiap masa. -UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya