Ubah padang golf terbiar jadi ladang kelapa sawit

Ubah padang golf terbiar jadi ladang kelapa sawit

SEBANYAK 50 peratus keluasan padang golf boleh ditukar syarat untuk tanaman kelapa sawit atau lain-lain agar dapat dijadikan sumber kewangan pengurusan kelab. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GOLF pada masa dahulu merupakan sukan untuk golongan berkemampuan, elit dan kenamaan sahaja. Bagaimanapun, pada 1990-an hingga sekarang, kelab dan padang golf bertambah termasuk di Pahang sama ada milik swasta atau kerajaan.

Namun begitu, sejak lebih 10 tahun kebelakangan didapati beberapa kelab dan padang golf sudah ditutup atas pelbagai faktor. Antaranya lokasi agak jauh dari bandar, lokasi kurang strategik dan mungkin juga disebabkan kelemahan dari segi pengurusan atau pemain dan ahli kelab golf semakin berkurangan atau atas sebab-sebab lain. Ini kerana kos pengurusan kelab dan padang golf yang memiliki 18 lubang adalah sangat tinggi.

Saya berpendapat, lebih baik bangunkan semula kelab golf terbiar dengan memberi kebenaran kepada pihak yang mengendalikannya mengubah syarat kegunaan tanah seluas 50 peratus daripada keluasan keseluruhan atau keluasan sesuai kepada ladang kelapa sawit atau lain-lain.

Pulihkan semula padang golf dengan memadai mempunyai sembilan lubang (hijau) sahaja sebagai saiz paling minimum.

Sebanyak 50 peratus keluasan tanah yang berbaki boleh ditukar syarat untuk tanaman kelapa sawit atau lain-lain agar dapat dijadikan sumber kewangan pengurusan kelab dan padang golf berkenaan.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN