Lebih 1,000 pelajar Kelantan di Asia Barat selamat

Lebih 1,000 pelajar Kelantan di Asia Barat selamat, pembelajaran seperti biasa

WAN Roslan Wan Hamat diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad semasa sidang akhabr selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 1,000 pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di Asia Barat kekal selamat walaupun ketegangan konflik di rantau itu terus memuncak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, pemantauan rapi dilakukan dengan menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara terlibat bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi di rantau berkenaan.

“Daripada jumlah itu, lebih 200 pelajar berada di Jordan manakala lebih 800 lagi di Mesir dengan mereka terus menjalani kehidupan harian dan pengajian tanpa gangguan.

“Setakat ini tiada laporan pelajar panik atau terjejas. Mereka mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh kedutaan Malaysia dan keadaan adalah terkawal,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Wan Roslan berkata, pelajar di Jordan berada paling hampir dengan kawasan konflik kerana negara itu berjiran dengan Israel, selain ruang udaranya menjadi laluan peluru berpandu susulan ketegangan melibatkan Iran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN