Tidak mustahil banjir kuning di Pahang berulang - Utusan Malaysia

Tidak mustahil banjir kuning di Pahang berulang

MENDAPAN sungai, projek-projek mega dan aktiviti tanah antara punca berlakunya banjir di Temerloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TEMERLOH antara kawasan yang paling terkesan pada musim hujan lebat. Ini kerana berdasarkan faktor geografi, ia berada di tengah Pahang.

Faktor kedua ialah sekiranya hujan musim monsun terlalu lebat maka sungai-sungai kecil di bahagian hulu membawa aliran air bersama tanah dan pasir secara semula jadi menjadi punca berlakunya banjir.

Atau ia mungkin juga disebabkan kerja-kerja tanah seperti projek mega Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan aktiviti lain melibatkan kerja di bahagian hulu Sungai Semantan, Bentong dan Raub.

Semua tanah dan pasir ini akhirnya ditolak ke Sungai Semantan, Sungai Lipis dan Sungai Jelai dan seterusnya mengalir ke Sungai Pahang. Mendapan tanah dan pasir ini sedikit sebanyak membuatkan dasar Sungai Pahang menjadi cetek.

Ditambah dengan jumlah taburan hujan yang tinggi, maka sudah tentu air akan cepat melimpahi tebing sungai dan menenggelamkan kawasan yang rendah.

Pun begitu, bencana yang berulang seperti ini boleh dikurangkan melalui kaedah mendalamkan dasar Sungai Semantan dan Sungai Pahang secara berkala selain membina tebatan banjir di jajaran sungai-sungai sepertimana pernah saya tulis dalam ruangan ini pada Februari 2021.

Lebih baik pihak berkuasa melakukan penyelenggaraan dasar sungai secara berkala dengan membuang mendapan. Pihak berkuasa juga sepatutnya hanya membenarkan kerja-kerja tanah berskala besar termasuk pembalakan pada bukan musim monsun.

Setelah semua projek mega siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun dari sekarang atau jangkaan pada 2027 kemungkinan besar masalah banjir besar berlumpur ini akan dapat dikurangkan. – UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.