Anwar Ibrahim hadir konsert A.R Rahman - Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim hadir konsert A.R Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar gamat dengan kemunculan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa menonton konsert penyanyi tersohor, A.R Rahman, malam tadi.

Anwar yang tiba sekitar pukul 10.30 malam disambut sorakan ribuan penonton yang membanjiri stadium berkenaan sejak pukul empat petang.

“Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini,” kata Rahman.

Kira-kira 35,000 penonton tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan bertenaga penerima anugerah Oscar itu.

Angka itu bagaimanapun gagal membenamkan rekod kehadiran bagi konsert penyanyi itu di lokasi yang sama tahun lalu iaitu sebanyak 60,000 orang.

Konsert Rahman kali ini menampilkan kelainan dengan kemunculan barisan penyanyi bertaraf legenda antaranya Mano dan Srinidas.

Turut membuat kemunculan adalah anak lelaki Rahman, A.R Ameen yang menyampaikan lagu Ninaivirukka.

Dalam pada itu, Rahman turut meluahkan penghargaan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi persembahan lagu Munbe Vaa.

Penghargaan itu diberikan atas kesungguhan penyanyi itu menyampaikan lagu tersebut sempena konsert Rahman tahun lepas.

“Saya mendedikasikan lagu ini untuk Siti Nurhaliza yang pada tahun lalu menyampaikannya dengan indah sekali,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×