Benarkan JAKOA pilihsendiri anak-anak Orang Aslisambung belajar di PIPOA

Benarkan JAKOA pilih sendiri anak-anak Orang Asli sambung belajar di PIPOA

JABATAN Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) perlu diberi peranan untuk memilih pelajar Orang Asli yang layak memasuki Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) agar matlamat penubuhannya tercapai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PUSAT Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) mula beroperasi pada 1 Januari 2011 dengan matlamat penubuhan untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara, menyediakan kemudahan pembelajaran sempurna dan kemudahan selesa kepada pelajar Orang Asli serta meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.

Selain itu, pusat tersebut juga bermatlamat menambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan berterusan, mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan generasi muda Orang Asli, menampung keperluan peluang belajar lebih luas kepada pelajar Orang Asli yang tidak mendapat tawaran daripada sekolah berasrama penuh kerajaan dan bagi memenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).

Namun, sehingga hari ini masih belum terlihat banyak kejayaan golongan itu di peringkat tertinggi dalam pendidikan. Ini mungkin kerana cara pemilihan untuk memasuki PIPOA ketika ini adalah melalui permohonan tawaran pengambilan pelajar yang dibuka kepada pelajar Orang Asli.

Alangkah lebih baik sekiranya Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dipertanggungjawabkan untuk memilih calon dari setiap kampung dengan harapan pelajar yang sudah berjaya boleh menjadi contoh apabila tamat belajar.

Mereka ini akan menjadi contoh sekiranya pulang ke kampung halaman sekali gus menjadi galakan kepada masyarakat Orang Asli untuk mengikuti jejak orang berjaya.

Jadi, untuk memastikan tujuan penubuhan pusat itu selari dengan matlamatnya, maka sistem permohonan perlu diubah dengan membenarkan JAKOA mengambil peranan memilih calon yang lebih sesuai untuk menjadi pelajar di PIPOA.

Semoga pandangan saya dapat dipertimbangkan oleh JAKOA.-UTUSAN

DR. SYAM MALIKIWI
Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya