Perlindungan pengguna harus ‘datang’ dari RTM

Perlindungan pengguna harus ‘datang’ dari RTM

RTM perlu menekankan aspek ‘semangat’ undang-undang bagi melindungi pengguna memandangkan terlalu banyak kes pelanggaran undang-undang dalam kalangan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APA yang boleh dibuat untuk melindungi pengguna buta huruf dalam situasi pasaran yang semakin moden?

Walaupun ada kawalan-kawalan baik daripada kerajaan dan swasta sama ada melalui iklan di radio atau televisyen, namun masih terdapat pengguna yang khuatir tentang bahaya kandungan sesuatu produk, cara penggunaan selain mereka kurang peka mengenai peringkat kesediaan ikIan bagi negara-negara sedang membangun.

Jika tidak berhati-hati, mungkin mereka boleh menjadi mangsa penipuan atau terlalu mudah menerima pujukan disampaikan peniaga.

Justeru, siaran iklan yang baik sepatutnya dapat menarik perhatian masyarakat buta huruf kerana mereka tidak dapat menggunakan perantaraan dicetak terutama berkaitan jenama pengeluaran, pemahaman dan kandungan keterangan. Ini kerana kumpulan ini tidak mengetahui apa-apa maklumat langsung selain hanya bergantung kepada keterangan daripada pihak lain.

Justeru, amat mustahak mempengaruhi pengguna supaya memiliki cara pemikiran lebih kritikal dan berhati-hati selain sedar tentang perkembangan serta kemahiran hasil keluaran dari perkhidmatan sedia ada.

Pesanan ringkas disiarkan antara rancangan televisyen atau segmen radio memberi kesan terbaik untuk mereka yang buta huruf memahami lebih mendalam tentang isu pengguna.

Ia mungkin boleh dibuat dalam bentuk drama, lagu atau sesuatu yang mudah difahami dan ditangkap oleh pengguna buta huruf.

Selain itu, kawalan hendaklah dikuatkuasakan dari segi pembungkusan dan tanda jenama. Gambar di pek pembungkusan mestilah melambangkan kandungan atau faedah produk. Ini akan memudahkan pengguna buta huruf untuk faham tentang sesuatu produk.

Satu susunan undang-undang berkanun khas juga harus dibuat bagi siaran iklan RTM di bawah kuasa kerajaan dengan menekankan aspek ‘semangat’ undang-undang yang dibuat bagi melindungi pengguna. Ini kerana terlalu banyak kes pelanggaran undang-undang dalam kalangan peniaga.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatu Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya