Awak tahu saya 'team' selesaikan isu secara dalaman - Aisyah Aziz - Utusan Malaysia

Awak tahu saya ‘team’ selesaikan isu secara dalaman – Aisyah Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Dilihat jarang mencampuri urusan peribadi abang kandungnya, Aliff Aziz, penyanyi, Aisyah Aziz, bagaimanapun seakan mempunyai sebab tersendiri untuk membuka mulut menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

Tindakan Aisyah itu dipercayai bagi membalas kenyataan dan luahan adik Bella Astillah, Didi Astillah yang berang dengan tindakan Aliff mengeluarkan beberapa kenyataan yang disifatkannya penuh putar belit.

Menurut Aisyah, sejak dari awal kontroversi membabitkan abangnya, dia lebih selesa menasihatkan semua pihak supaya menyelesaikan segala isu secara dalaman dan bukannya terbuka kepada umum.

“Tak ‘slay’ lah macam ini. Awak tahu yang saya dari awal ‘team’ selesaikan hal-hal ini secara dalaman. Benda-benda terbuka kepada umum ini semuanya menunjukkan kelemahan. Tapi awak tak layan logik saya,”katanya.

Sebelum itu, Aisyah meluahkan rasa musykil mengapa pihak di sebelah Bella mahu kelihatan baik sedangkan kedua-dua belah pihak juga ada salah masing-masing.

“Saya musykil kenapa obsesnya awak untuk nampak baik sedangkan kita semua perangai kelaut? Tak bolehkah kita akui kesalahan sendiri dan teruskan hidup seperti orang dewasa?

“Seolah awak suka main ‘game’ budak-budak sekolah. Merungut-rungut, gosip-gosip. Awak silap satu saja, sebab nak tutup aib awak, tapi awak buka aib orang lain. Awak ingat dia akan diam (Aliff). Sekali dia buka mulut,”katanya.

Pada masa yang sama, Aisyah turut sedar bahawa abangnya itu telah melakukan kesalahan yang besar namun berharap pihak Bella juga mengakui kesalahan diri.

“Salah dia terlalu banyak. Salah awak pun ada juga. Sabar awak Masya-Allah, sabar dia pun ada juga. Jadi, sebenarnya, awak nak apa? Dah banyak sangat dah ini yang mendoakan kecelakaan keluarga kita, yang jahanamkan kita, minta Tuhan ambil nyawa kita.

“Awak bandingkan mak saya dengan mak orang lain, kelakar. Bukankah generasi kita ini sepatutnya lepaskan hal banding-membanding ini? Wabak merebak. Kalau tak tahan, tinggalkan, dapatkan pertolongan, pergi jumpa pakar terapi perhubungan atau lakukan sesuatu untuk raih semula kepercayaan.

“Berkali-kali kita suruh awak putus, berkali-kali awak pilih untuk ‘stay’. Namun awak lupa untuk mendalami diri awak untuk betul-betul ikhlas,”katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN