Pemain naturalisasi Harimau Malaya masih hambar - Utusan Malaysia

Pemain naturalisasi Harimau Malaya masih hambar

Skuad Harimau Malaya – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK dari awal lagi saya pernah mengatakan magis pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon dapat menaikkan mutu permainan bola sepak Harimau Malaya sehingga berjaya layak secara merit untuk beraksi di Kejohanan Piala Asia di Doha, Qatar pada Januari tahun depan.

Puluhan tahun sebelum ini, peminat bola sepak negara kerap disajikan dengan harapan palsu oleh pemain skuad kebangsaan. Namun, selepas diambil alih oleh Pan Gon, ternyata banyak perubahan positif termasuk dari segi gaya dan corak permainan.

Sebelum ini, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-154 dan kini melonjak ke rangking 136 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini pencapaian terbaik skuad bola sepak kebangsaan. Apa yang mencuit perasaan saya, jurulatih Harimau Malaya itu masih merendah diri malah sentiasa memotivasikan para pemainnya agar berusaha membuatkan rakyat berbangga dengan persembahan mereka.

Hasilnya para pemain bekerja keras setiap kali diturunkan bermain mewakili negara. Bukan setakat itu, Pan Gon berupaya mengubah mentaliti pemain supaya mencapai tahap kelas dunia. Beliau juga yakin Harimau Malaya mampu melakukan kejutan di Piala Asia nanti.

Namun, agak mengecewakan peminat bola sepak tentunya berkaitan lima pemain naturulisasi termasuk Sergio Aguero, Endrik Santos, Paulo Josue, Lee Tuck yang belum lagi menunjukkan mutu dan corak permainan yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Sepatutnya keberadaan pemain naturalisasi negara ini boleh membantu mencipta jaringan dan kemenangan tetapi sebaliknya meleset.

Bagaimanapun kita sangat berharap dan percaya akan ada sedikit kemajuan dapat ditunjukkan oleh mereka nanti pada aksi prakelayakan Piala Dunia dan yang terdekat adalah Pesta Bola Merdeka yang dijadual pada Oktober ini. – UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya