Adakah undang-undang lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan?

Adakah undang-undang lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan?

KELUHURAN Perlembagaan Persekutuan terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara, mkn.gov.my dinyatakan keluhuran Perlembagaan menekankan setiap rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan.

Setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara.

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri.

Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Keluhuran dan ketinggian Perlembagaan juga mengatasi kedudukan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman.

Secara khususnya gerakan Proklamasi Orang Melayu (POM) mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 1(2)(a) memperkatakan tentang Negeri-negeri Tanah Melayu, Perkara 152(1) Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, Perkara 153(1) Tanggungjawab YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa Orang Melayu dan Perkara 3 mengenai Agama Persekutuan iaitu Agama Islam.

POM menyeru orang Melayu bersatu melihat isu yang melanda kaum itu, memperkuatkan kedudukan dan ekonomi orang Melayu serta mempertahankan Tanah Melayu sebagai milik orang Melayu yang telah di perintah oleh raja-raja Melayu sejak ribuan tahun dulu sehinggalah ke hari ini.

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan bermakna menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).

Maka adakah undang-undang yang lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan yang melarang rakyatnya mempertahankan 3R yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri?-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya