Rusuhan di Ayer Itam: 10 lagi suspek ditahan

Rusuhan di Ayer Itam: 10 lagi suspek ditahan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menahan 10 lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan menggunakan senjata di hadapan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Ayer Itam di sini, pada 29 Ogos lalu.

“Penahanan terbaharu ini dibuat hasil risikan dan siasatan lanjut susulan penahanan 13 suspek sebelum ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 56 tahun manakala mangsa yang terlibat pula terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Katanya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berhubung isu hutang dengan dua daripada mangsa telah diserang menggunakan senjata manakala seorang lagi mangsa pula dilanggar dengan sebuah kereta.

Sementara itu, Dennis berkata, susulan perkembangan siasatan juga, dua kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian

Sementara itu, Dennis berkata, susulan perkembangan siasatan juga, dua kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan awal dibuat mengikut Seksyen 148, 326 dan 120B Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307, 148 dan 120B Kanun Keseksaan. Kedua-dua kertas siasatan ini seterusnya akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×