Hukum ibu bapa benar anak main mercun

Hukum ibu bapa benar anak main mercun

PEMANTAUAN terhadap aktiviti seludup, jual serta main mercun perlu lebih tegas dengan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AGENSI penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu bertindak lebih tegas dalam membanteras segala aktiviti penyeludupan, penjualan serta permainan mercun haram di negara ini.

Terdapat pelbagai jenis peruntukan undang-undang jelas dalam negara kita yang mengawal selia aspek penyeludupan, penjualan serta permainan mercun. Sesiapa didapati memiliki, menjual, membeli, bermain mercun atau bunga api selain yang dibenarkan, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Usaha pemantauan juga harus dilakukan terhadap akaun media sosial yang digunakan untuk menjual atau mempromosi bahan mercun kepada orang ramai terutama golongan kanak-kanak. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu melakukan usaha pemantauan terhadap isu terbabit terutama menjelang sambutan perayaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan saluran media terbabit.

Satu tindakan lebih tegas juga perlu diambil bagi menghentikan golongan kanak-kanak daripada bermain mercun yang dilarang termasuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga didapati cuai dan gagal membendung anak-anak jagaan mereka daripada aktiviti bahaya itu.

Permainan mercun bukan sahaja mengancam tahap keselamatan semua pihak malah turut mengganggu ketenteraman awam. Sebelum sebarang perkara yang tidak diingini dan lebih buruk berlaku, kanak-kanak harus sentiasa dipantau ketika mereka bermain mercun.

Ibu bapa dan penjaga memainkan peranan paling penting dalam membendung anak–anak mereka daripada bermain mercun yang berbahaya dan dilarang kerana mereka adalah individu paling hampir sekali dengan anak-anak.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.