Hati-hati, diabetes penyebab buta - Utusan Malaysia

Hati-hati, diabetes penyebab buta

GAMBAR HIASAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APABILA penyakit diabetes disebut, masalah-masalah kesihatan lain berkaitan seperti penyakit jantung, buah pinggang dan amputasi akan terlintas di ­fikiran.

Bagaimanapun, penyakit diabetes juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan ini merupakan punca biasa yang menyebabkan kebutaan dalam kalangan orang dewasa.

Namun, kebanyakan kita tidak menyedari hakikat ini. Satu daripada lima rakyat negara ini, iaitu kira-kira 4.6 juta orang merupakan pesakit diabetes.

Satu daripada tiga pesakit diabetes atau 500,000 orang pula akan mengalami masalah penglihatan disebabkan penyakit tersebut.

Penyakit diabetes memberi beberapa kesan kepada mata termasuk perubahan pada kanta yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan peningkatan tekanan pada mata mengakibatkan glaukoma.

Ia juga menyebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal otot mata sehingga menyebabkan penglihatan berganda dan kerosakan pada saluran darah di retina mengakibatkan retinopati diabetik.

Faktor utama menyumbang kepada isu ini adalah tahap kesedaran yang rendah. Ramai pesakit diabetes tidak menjalani pemeriksaan mata secara berkala untuk mengesan tanda-tanda penyakit tersebut.

Tiada gejala tertentu untuk masalah seperti retinopati diabetik dan ia tidak menyebabkan pesakit terbabit kehilangan penglihatan dengan cepat tetapi akan berlaku di kemudian hari.

Kehilangan penglihatan hampir boleh dicegah sepenuhnya dengan menjalani pemeriksaan berkala dan melalui intervensi awal.

Pemeriksaan mata terhadap pesakit diabetes dimulakan secara rasmi di United Kingdom pada 2009. Dan pada 2014, diabetes tidak lagi menjadi punca utama orang dewasa di negara itu hilang penglihatan.

Mata adalah organ yang tidak boleh tumbuh semula dan kita tidak dapat memulihkan penglihatan selepas ia hilang.

Oleh itu, penting untuk mengesan penyakit mata yang berpotensi untuk mengancam penglihatan pada peringkat awal. – UTUSAN

DR. PEH KHAIK KEE, Pusat Perubatan Sunway

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya