Bantuan kita kepada Palestin amat berharga

Bantuan kita kepada Palestin amat berharga

BANYAK cara bagi umat Islam di seluruh dunia membantu rakyat Palestin untuk terus berjihad melawan rejim Zionis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TARIKH 5 April lalu, tentera Zionis menyerbu masuk Balai Solat Al-Qibli selepas solat tarawih dengan melemparkan bom tangan dan memukul jemaah Palestin. Hal tersebut menyebabkan jumlah mangsa umat Islam terkorban di Palestin semakin meningkat.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa isu penindasan dan kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin semakin teruk hari demi hari. Hal tersebut kerana tentera Zionis ingin merampas tanah suci Palestin daripada penduduk Islam sehingga sanggup bertindak melakukan kekejaman.

Antara peranan umat Islam dalam mempertahankan Palestin ialah semua kerajaan negara Islam perlulah bersatu padu bagi memberi sokongan penuh kepada penduduk Palestin. Ini dapat memupuk semangat yang tinggi dalam diri mereka demi mempertahankan tanah Palestin.

Contohnya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang memainkan peranan penting dengan membentuk kumpulan bagi misi keamanan Gaza dan menghentikan resolusi serta peperangan di Palestin. Tindakan itu menyelamatkan penduduk Palestin daripada diserang dengan teruk oleh tentera Zionis.

Seterusnya, umat Islam boleh menghulurkan bantuan kemanusian kerana majoriti penduduk mengalami kecederaan teruk serta kemusnahan harta benda.

Di samping itu, kita perlu memboikot semua produk keluaran syarikat Yahudi Zionis. Ini merupakan cara yang paling mudah dan berkesan bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

Kesimpulannya, semua umat Islam perlulah menitikberatkan tentang isu penindasan yang dihadapi oleh penduduk Palestin ekoran kekejaman secara terang-terangan yang dilakukan oleh Zionis semakin dahsyat sehingga mengorbankan banyak nyawa.

Secara langsung tindakan kita dapat memupuk semangat yang tinggi dalam diri penduduk Palestin untuk terus berjihad demi mempertahankan negara itu.-UTUSAN

RABIATUL ADAWIYAH RIZALMAN dan PROFESOR. DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOH
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya