Selamatkah di bawah bumbung DAP? - Utusan Malaysia

Selamatkah di bawah bumbung DAP?

BERBALOIKAH sokongan orang Melayu terhadap calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang? – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, seorang pemimpin kanan UMNO didakwa secara terbuka ‘mengarahkan’ pengundi Melayu dalam kalangan penyokong parti itu mengundi calon DAP pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Walaupun kenyataan berkenaan dibuat dalam keadaan berat hati, namun pada prinsipnya tidak salah kerana DAP adalah salah satu komponen dalam jajaran baharu kerajaan perpaduan.

Berdasarkan sejarah politik antara UMNO dan DAP, siapa sangka dalam era dunia politik ‘cacamarba’ ini, 30 kerusi Parlimen Barisan Nasional (26 dari UMNO) dan 42 kerusi DAP boleh bersatu sebagai sebahagian daripada parti komponen Kerajaan Persekutuan.

Semuanya boleh dan halal atas satu sebab, iaitu demi kuasa politik . Persoalannya, berbaloikah sokongan kaum Melayu terhadap calon DAP?

Umum faham, kedua-dua parti tersebut hanya bersandiwara di atas pentas sama sedangkan dari perspektif kepercayaan khususnya DAP terhadap UMNO, hanya setakat habis madu sepah dibuang.

DAP melihat kerjasama dengan UMNO seakan-akan tonik kepada parti itu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Selagi mana roh perjuangan DAP berteraskan konsep kesamarataan menerusi ‘kitab’ Deklarasi Setapak 1967 diguna pakai sebagai rujukan, maka selagi itulah kedudukan kaum Melayu bukan keutamaan kepada parti terbabit.

Saya sendiri mengisytiharkan keluar dari parti berkenaan pada satu ketika dahulu atas faktor DAP bukan bumbung yang selamat untuk orang Melayu berteduh.

Kehadiran ahli atau pemimpin Melayu dalam DAP hanyalah sekadar kosmetik bagi mencukupkan syarat bahawa kononnya ia sebuah parti berbilang kaum.

Persoalannya sekarang, apakah pemimpin UMNO sudah membuat kajian dan berpuas hati orang Melayu khususnya penyokong serta ahli UMNO selamat untuk berada di bawah bumbung DAP? – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya