Perkenal penjagaan kesihatan kendiri - Utusan Malaysia

Perkenal penjagaan kesihatan kendiri

KERAJAAN perlu memperluaskan kemudahan membeli ubat-ubatan tanpa perlu preskripsi daripada doktor. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA faktor memainkan peranan dalam meningkatkan beban sistem penjagaan kesihatan awam termasuk populasi menua. Menjelang 2056, Malaysia akan mempunyai lebih 20 peratus penduduknya berusia 65 tahun ke atas.

Penuaan dan peningkatan kes penyakit bukan berjangkit (NCD) seperti kencing manis mewujudkan pelbagai bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan termasuk kos besar kepada kerajaan.

Kementerian Kesihatan menjangkakan perbelanjaan kesihatan mencapai nilai RM351.6 bilion menjelang 2040.

Bagi mengurangkan bebanan sistem penjagaan kesihatan awam dan menjimatkan kos, dicadangkan kerajaan menggalakkan konsep penjagaan kendiri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakri­fkan penjagaan kendiri sebagai individu, keluarga atau masyarakat yang menggalakkan dan mengekalkan kesihatan diri sendiri, mencegah penyakit dan mengatasi penyakit serta kekurangan keupayaan dengan atau tanpa sokongan pekerja kesihatan.

Budaya penjagaan kendiri membolehkan pengguna membuat keputusan tepat tentang kesihatan. Mereka dapat memainkan peranan dalam mengurangkan masa yang dibelanjakan oleh pakar kesihatan.

Ia membolehkan pakar kesihatan menumpukan masalah kesihatan yang lebih kritikal sekali gus mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan awam.

Kecelikan kesihatan adalah penting dalam membangunkan konsep penjagaan kendiri di mana orang ramai mempunyai akses kepada maklumat tepat dan produk betul.

Ini membolehkan individu dan masyarakat melindungi, menyembuh dan memelihara kesihatan diri sendiri.

Kertas putih penjagaan diri Persatuan Farmaseutikal Malaysia yang diterbitkan pada 2020 menyatakan ilmu pengetahuan dan kecelikan kesihatan adalah tonggak utama penjagaan kendiri.

Dalam pada itu, suplemen dan vitamin merupakan produk penjagaan kendiri paling umum digunakan, diikuti ubat tahan sakit, ubat selsema dan batuk serta produk sakit tekak.

Bagi menyokong kemudahan penjagaan dan penyembuhan kendiri, lebih banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan termasuk memperluaskan akses kepada ubat untuk penyakit minor dan meningkatkan ketersediaan ubatan kaunter tanpa preskripsi. – UTUSAN

GURU PENCEN, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya