Kedai Taman Dataran Kinding SSI masih jadi ‘gajah putih’

Kedai Taman Dataran Kinding SSI masih jadi ‘gajah putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAMAN Dataran Kinding SSI Tanjung Rambutan di Perak dibina pada 2012.

Ia adalah inisiatif strategik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dalam menyediakan kediaman mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Sebuah syarikat dipilih sebagai pemaju bagi membina 169 unit rumah mampu milik dan 20 unit rumah kedai di atas tanah kerajaan negeri terletak di Mukim Hulu Kinta, kira-kira 20 kilometer dari banda raya Ipoh.

Rumah mula diduduki pembeli pada Mac 2019, namun sehingga kini lot kedai masih belum dibuka.

Tanpa kedai beroperasi di taman ini, ia menyulitkan para penduduk untuk mendapatkan keperluan domestik harian.

Kedai yang terdekat berada di pekan Tanjung Rambutan, iaitu dua kilometer dari taman ini.

Kedai ini dianggarkan berharga RM160,000 untuk lot tengah (18 unit) dan RM200,000 untuk lot tepi. Belum ada inisiatif pemaju untuk memastikan kedai diserah kepada pembeli dalam masa terdekat ini.

Menurut pemaju, kedai belum mendapat sijil layak menduduki (CF) kerana beberapa perkara asas tidak dipatuhi semasa pembinaan menyebabkan pihak berkuasa tidak memberi kelulusan.

Tanpa CF, kedai tidak dapat diserahkan kepada pembeli dan pihak pembiaya tidak dapat meluluskan pinjaman dan penanggung insurans tidak dapat meluluskan insurans am.

Keadaan ini menyebabkan kedai di taman ini tidak dapat beroperasi sejak 10 tahun lalu walaupun sudah siap fizikal bangunanya dan terletak di lokasi strategik.

Melalui ruangan ini, mohon pihak-pihak berkuasa dapat memastikan kedai ini diberi CF bagi membolehkan ia beroperasi sekali gus memudahkan penduduk di kawasan ini.

Pembukaan premis kedai ini nanti bakal memberikan hasil kepada kerajaan dalam bentuk pungutan cukai, lesen dan dapat menggerakkan ekonomi rakyat.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Tanjung Rambutan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya