Finas perlu perkukuh undang-undang tayang filem

Finas perlu perkukuh undangundang tayang filem

FILEM Mentega Terbang yang dilarang siar di negara ini wajar menjadi pengajaran buat penggiat seni agar menitikberatkan soal sensitiviti agama dalam karya mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini tular mengenai filem kontroversi arahan Khairi Anwar Jailani bertajuk Mentega Terbang yang disiarkan di platform penstriman berbayar dan beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur secara tertutup pada 28 November 2021. Pun begitu, filem ini sudah pun dikeluarkan dari aplikasi penstriman itu sejak 27 Februari lalu.

Secara amnya, filem ini adalah sebuah karya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula, kehidupan semula selepas kematian, masalah dalam isu pluralisme agama dan kebenaran mutlak.

Banyak babak dalam filem ini mendatangkan sensitiviti agama pelbagai kaum. Ia seakan-akan menormalisasikan perkara ini dalam kehidupan.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, filem kontroversi ini telah mendatangkan keraguan dan syak dalam kalangan segelintir umat Islam disebabkan tema-tema yang dibangkitkan.

Pelbagai bentuk keraguan dalam filem ini menimbulkan sikap kritis terhadap agama dan seakan memberi peluang kepada penonton untuk memilih kebenaran yang mereka yakini sehingga mengabaikannya dari sudut syarak.

Kesimpulannya sebagai seorang Muslim yang memegang teguh pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sepatutnya pengarah tersebut serta individu terlibat dalam filem ini lebih berhati-hati dengan kandungannya.

Dalam isu ini, jelaslah filem ini telah mencalarkan imej agama Islam. Pada mereka, mungkin ia sekadar cerita yang bukan berniat untuk mempersendakan agama, namun telah mendatangkan impak besar buat Islam malah masyarakat pada masa kini.

Sejujurnya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memperkukuhkan perundangan mengenai penapisan filem dan drama yang dimuat naik secara dalam talian. Selain itu, pihak media juga perlu memainkan peranan dengan tidak memberi sebarang publisiti terhadap filem yang boleh menyebabkan umat Islam terpesong akidah.-UTUSAN

NURLIYANA ZAFRI & DR. MUHAMMAD RAQIB MOHD. SOFIAN
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya