Usah cetus anarkisme - Utusan Malaysia

Usah cetus anarkisme

TUN Dr. Mahathir Mohamad berpendapat jika kerajaan sedia ada tidak mampu mentadbir dengan baik, maka Ahli Parlimennya boleh menjatuhkan kerajaan itu dan memilih kerajaan yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MANA-MANA parti politik yang memerintah atau mentadbir negara ini harus mendukung nilai dan falsafah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan meletakkannya sebagai undang-undang tertinggi dan ia menjadi punca terbitnya undang-undang lain.

Selain itu, corak dan sistem pemerintahan negara kita adalah demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di mana Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Seri Paduka tidak boleh berpolitik atau digunakan untuk tujuan politik sempit oleh mana-mana pihak.

Justeru, sekiranya keadaan politik negara menjadi tidak menentu atau menuju ke arah anarkisme, maka Seri Paduka boleh menggunakan kuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Begitu juga sekiranya kerajaan yang memerintah telah hilang kepercayaan dan pentadbiran negara menjadi kucar-kacir, maka Seri Paduka boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya baharu.

Dalam pada itu, jika ada niat mana-mana pihak untuk mencabul dan merungkai semangat Perlembagaan Persekutuan, terutama berkaitan elemen kontrak sosial dan nilai-nilai demokrasi atas dorongan mahu memenuhi agenda sempit sesuatu parti, maka ia boleh menimbulkan keadaan tidak stabil dan huru-hara kepada negara.

Perkara 149(1) dengan jelas menentang perbuatan subversif dan tindakan lain yang boleh memudaratkan ketenteraman awam yang ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan.

Kesimpulannya, kegiatan politik di negara ini yang biasanya dilaksanakan melalui politik kepartian mestilah mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan.

Tidak boleh mana-mana parti politik menggunakan cara-cara lain yang bercanggah dengan semangat itu dan juga semangat demokrasi. – UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID, Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya