Sistem kerja fleksibel atasi sesak, tekanan

Sistem kerja fleksibel atasi sesak, tekanan

SISTEM kerja secara fleksibel sebenarnya tidak menjejaskan produktiviti kerja kerana masa dan hari bekerja telah diuruskan mengikut kesesuaian pekerja dan keperluan majikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERUBAHAN yang dilakukan semasa kita mengharungi penularan virus Covid-19 lebih dua tahun lalu terutama dalam melaksanakan aktiviti pekerjaan perlu dikekalkan untuk selama–lamanya demi manfaat pekerja serta organisasi. Antara perubahan itu adalah terus melaksanakan sistem fleksibel bekerja dari rumah.

Ini dapat memudahkan urusan pekerja untuk menjalankan kerja tanpa perlu mengharungi kesesakan ataupun berdepan risiko kemalangan jalan raya selain menjimatkan wang, masa serta tenaga.

Ini sekali gus mengatasi masalah pekerja berada terlalu lama dalam kesesakan jalan raya disamping dapat meningkatkan lagi produktiviti kerja.

Pelaksanaan sistem kerja secara fleksibel sebenarnya tidak menjejaskan produktiviti kerja kerana masa dan hari bekerja telah diuruskan mengikut kesesuaian pekerja dan keperluan majikan. Sistem kerja secara fleksibel sangat diperlukan ketika ini kerana seseorang pekerja di bandar besar menghabiskan masa antara dua hingga tiga jam setiap hari untuk pergi dan balik akibat kesesakan lalu lintas.

Bagi pihak kerajaan pula, mereka tidak perlu lagi berbelanja banyak wang untuk membina lebih banyak jalan raya dan jaringan pengangkutan awam semata–mata untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Duit kerajaan boleh dijimatkan untuk perkara-perkara lebih penting seperti peruntukan untuk sektor pendidikan, pertahanan serta bantuan kebajikan kepada golongan susah.

Pelbagai jenis teknologi moden banyak memberi ruang dan peluang untuk sesetengah jenis pekerjaan dilakukan melalui secara dalam talian tanpa perlu berada di pejabat secara bersemuka seperti mesyuarat, bengkel, seminar dan lain–lain lagi. Majikan di semua sektor pekerjaan perlu memanfaatkan kemudahan teknologi moden yang wujud pada masa kini untuk menjalankan beberapa aktiviti berkaitan dengan tempat kerja.

Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh mengeluarkan satu bentuk perintah ataupun arahan jelas bagi mengarahkan segala jenis aktiviti berkaitan dengan tempat kerja seperti mesyuarat, proses temu duga, bengkel, seminar dan lain–lain dilakukan secara dalam talian.

Tanpa adanya perintah atau arahan jelas ini, sukar untuk kita merealisasikan usaha bagi menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja mereka bekerja secara fleksibel atau dari rumah.

Sementara majikan di sektor swasta pula perlu menghormati dan melaksanakan pindaan yang dilakukan terhadap Akta Kerja 1955 (Akta 265) baru–baru ini yang membenarkan pekerja bekerja secara fleksibel melalui perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan tempat kerja.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.