Nama Profesor Kamal wajar diabadikan

Nama Profesor Kamal wajar diabadikan

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu karya Mohd. Kamal Hassan (kanan) di Shah Alam, Selangor, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMERGIAN tokoh pemikir, pendidik dan cendekiawan Islam, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan ke rahmatullah pada 23 Februari lalu adalah satu kehilangan besar kepada ummah.

Allahyarham meninggal dunia sewaktu masih memegang jawatan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), memberi isyarat bagaimana sumbangan beliau yang berusia 81 tahun kepada negara masih ditagih sehingga ke akhir hayatnya.

Rektor ketiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1999 hingga 2006 ini terus cekal mencurah bakti kepada ummah meskipun telah bersara daripada jawatan itu.

Malah beliau kekal sebagai satu-satunya tokoh akademik bertaraf agamawan yang dinobatkan sebagai Profesor Ulung.

Dilahirkan pada 1942 di Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada 1965 dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah, Columbia University, New York pada 1975.

Teguran kerasnya mengenai amalan korupsi dalam politik Melayu-Islam memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap masa depan negara yang ditunjangi orang Melayu.

Bingkisan terakhir dalam buku Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu merupakan manifestasi kasih sayang beliau terhadap agama, bangsa dan tanah air.

Bagi mengenang jasa beliau, diharapkan ada pihak-pihak berwajib dapat mengabadikan namanya di institusi atau tempat tertentu.

Contohnya, Pusat Kebudayaan UIAM yang menjadi lokasi majlis konvokesyen universiti itu setiap tahun bolehlah dinamakan sebagai Kompleks M. Kamal Hassan.

Ini hanyalah sumbangan kecil bagi mengenang budi seorang tokoh ummah yang gemilang.-UTUSAN

DR. MOHAMED HADI ABD. HAMID
Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya