Mohon DBKL bina jejantas berhampiran Masjid Al-Muttaqin

Mohon DBKL bina jejantas berhampiran Masjid Al-Muttaqin

JEJANTAS perlu dibina berhampiran masjid dan sekolah rendah agama menghala ke kawasan rumah kedai Wangsa Setia bagi mengelak situasi sesak dan bahaya. – GAMBAR FB Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERSEKITARAN kawasan Taman Wangsa Melawati di Setapak, Kuala Lumpur yang bersempadan dengan Kampung Klang Gate dan Pusat Perdagangan Melawati dan beberapa lokasi lain merupakan kawasan yang padat. Ditambah kedudukannya yang sangat berhampiran dengan laluan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Di samping itu, terdapat sebuah masjid, sekolah rendah agama serta Sekolah Menengah Wangsa Melawati. Ini menunjukkan terdapat ramai orang yang berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk menghantar dan mengambil pelajar sekolah selain jemaah masjid terutama ketika solat Jumaat.

Bahkan kawasan perumahan di situ dikelilingi pusat-pusat perniagaan sehingga menyebabkan kesibukan amat ketara pada hari bekerja. Malah begitu sukar untuk mendapatkan petak letak kereta terutama pada waktu puncak.

Namun, isu ingin diketengahkan adalah berkaitan jalan yang teramat sibuk dan adakala menjadi agak kelam-kabut serta bahaya. Ini disebabkan terdapat empat persimpangan berdekatan antara satu dengan lain tetapi hanya mempunyai dua lampu isyarat.

Hal ini menyebabkan keadaan menjadi sukar kepada kenderaan yang ingin mengambil pelajar dari dua buah sekolah berdekatan dan juga jemaah masjid terutama pada hari Jumaat. Simpang ini juga sering dijadikan pusingan U oleh sesetengah pengguna jalan raya.

Demi keselamatan pelajar-pelajar sekolah dan jemaah Masjid Al-Muttaqin terutama pada hari Jumaat serta kelancaran kenderaan di laluan ini, maka elok jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina jejantas pejalan kaki berhampiran masjid dan sekolah rendah agama menghala ke kawasan rumah kedai di Wangsa Setia. Ini untuk memudahkan orang ramai melintas menggunakan jejantas agar dapat mengurangkan gangguan dan kelancaran kenderaan yang melalui jalan ini.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.