Dana bersama bagus untuk pelabur pemula

Dana bersama bagus untuk pelabur pemula

PELABUR pemula boleh membeli saham baharu atau menjual melalui syarikat-syarikat dana yang berdaftar dalam unit amanah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISTILAH dana bersama dengan unit amanah merujuk kepada produk yang serupa kerana kedua-duanya diuruskan oleh pengurus profesional. Syarikat-syarikat dana yang berdaftar dalam unit amanah mempunyai pelbagai dana terdiri daripada bon dan saham.

Pelabur pemula boleh membeli saham baharu atau menjual melalui syarikat-syarikat dana yang berdaftar dalam unit amanah.

Dalam pada itu, apabila pelabur pemula membeli atau menjual saham, nilai urus niaga adalah berdasarkan Nilai Aset Bersih semasa (NAB) yang diperoleh melalui pembahagian nilai pasaran aset dana dan ia telah ditolak dengan sebarang liabiliti semasa serta jumlah daripada saham tertunggak.

Sebagai ganjaran kepada pengurus dana dalam menguruskan modal, pelabur seharusnya membayar yuran kemasukan seperti caj jualan dan beban hadapan, yuran keluar seperti yuran penebusan, beban belakang dan caj jualan tertunda, yuran pengurusan tahunan serta bayaran kepada pemegang amanah. Sehubungan itu, para pelabur juga perlu membayar yuran pentadbiran lain seperti caj pemindahan dan caj penukaran.

Bagaimanapun, pulangan bersih sesuatu dana perlu dilihat dengan lebih teliti berbanding pulangan purata. Hal ini kerana pulangan bersih merupakan keuntungan yang akan diterima pelabur selepas membayar segala caj yang telah disenaraikan kepada dana.

Lantaran itu, nisbah jumlah perbelanjaan digunakan untuk membezakan jumlah yuran yang dikenakan oleh syarikat-syarikat dana tersebut. Nisbah jumlah perbelanjaan yang lebih rendah membawa maksud kepada pengurangan ‘pendapatan tahunan’ yang telah dibayar kepada pengurus dana. Ia merupakan tawaran yang lebih bagus kepada pelabur.

Kebanyakan orang awam beranggapan jika hendak membuat pelaburan, mereka mesti mengeluarkan modal dengan jumlah besar.

Sehubungan itu, dana unit amanah mampu menjana dan memberikan pulangan tahunan (8%). Dengan nisbah jumlah perbelanjaan sebanyak 2.5 peratus, pulangan pelabur adalah dianggarkan sebanyak 5.5 peratus.

Anggaran jumlah perbelanjaan tersebut belum ditolak dengan sebarang yuran kemasukan dan yuran keluar.

Kesimpulannya, dana bersama mempunyai risiko lebih rendah berbanding platform pelaburan lain. Pun begitu, pelabur juga diingatkan agar sentiasa menyemak tentang pelaburan dengan penasihat pelaburan sebelum memulakan pelaburan.-UTUSAN

NURJANNAHTUL ALIA BUDIMAN AHMADI DAN PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya