Beruntungnya orang yang melabur

Beruntungnya orang yang melabur

MENYIMPAN di akaun bank biasa atau di dalam tabung tidak akan menggandakan wang tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBANYAKAN rakyat bimbang untuk meneruskan kehidupan ekoran harga barang yang kian meningkat saban hari disebabkan inflasi. Bahkan ada yang berkira-kira dalam menjalani kehidupan ekoran pendapatan yang diterima bagaikan tidak mencukupi untuk menampung segala komitmen sehingga menyebabkan masyarakat terpaksa melakukan dua kerja.

Namun begitu, terdapat cara-cara untuk menghasilkan pendapatan tambahan di samping menjalankan tanggungjawab untuk pekerjaan utama. Contohnya menjana pendapatan pasif seperti pelaburan.

Pun begitu, perlulah memilih pelaburan yang betul dan bukan hanya tertumpu kepada pulangan tinggi tanpa melihat kepada risiko yang akan dihadapi.

Bagi orang yang melabur, mereka dapat menangani kenaikan inflasi berbanding orang yang tidak melabur. Hal ini kerana individu yang melabur dapat menambah kewangan mereka sedikit demi sedikit apabila mendapat dividen daripada pelaburan.

Malah dengan melabur, mereka akan mendapat kadar pulangan yang baik berbanding orang yang tidak membuat pelaburan. Jika menyimpan di akaun bank biasa atau di dalam tabung, anda tidak berpeluang untuk menggandakan wang tersebut. Walaupun pelaburan mempunyai risiko dan tidak menjamin pulangan yang tetap tetapi ia dapat memberikan kadar pulangan yang jauh lebih baik daripada menyimpan dalam akaun bank biasa.

Bukan itu sahaja, melabur dapat menjamin masa depan selepas bersara terutama bagi mereka yang tidak mempunyai pencen selain dapat berbelanja kerana mempunyai sumber kewangan yang cukup.

Pun begitu, bagi mereka yang mahu membuat pelaburan perlu memahami sepenuhnya tentang konsep pelaburan yang dibuat dan risiko yang akan dihadapi. Sekiranya memerlukan penasihat kewangan untuk berurusan, pastikan mereka itu benar berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang pelaburan serta tidak terlibat dengan skim cepat kaya.-UTUSAN

MUHAMMAD ALIF NAQIUDDIN SAHID & PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.