Berbalah hanya sebabkan anak cucu jadi pengemis

Berbalah hanya sebabkan anak cucu jadi pengemis

PALING jelas apabila selesai musim pilihan raya umum (PRU), pasti kita melihat pelbagai pendakwaan melibatkan salah guna kuasa atau rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK beberapa tahun ini, kita banyak melihat persengketaan politik antara pemimpin-pemimpin Melayu yang amat meresahkan rakyat.

Saya sebagai warganegara juga merasakan semua rakyat berbangsa Melayu sangat mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni.

Saya bukanlah seorang rasis tetapi dapat melihat dengan jelas hak-hak kita (orang Melayu) sedikit sebanyak mula tergugat dengan permusuhan yang tidak habis-habis antara pemimpin-pemimpin politik Melayu.

Paling jelas apabila selesai musim pilihan raya umum (PRU), pasti kita melihat pelbagai pendakwaan melibatkan salah guna kuasa atau rasuah. Sebagai rakyat, kita pun tidak pasti sama ada kes-kes itu benar atau sekadar dendam politik.

Pihak yang menuduh membentangkan segala-segala ibu kesalahan manakala pihak tertuduh mempertahankan diri dengan mengatakan ia merupakan balas dendam belaka.

Saya berasa amat sedih melihat perkara ini berlaku setiap kali kerajaan berganti baharu.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma berpendapat, semua pemimpin Melayu yang pernah menjadi perdana menteri banyak menyumbang jasa dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Ketika ini, saya melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha dengan penuh iltizam membantu rakyat susah melalui pelbagai program dan inisiatif tetapi adakah beliau akan terlepas dengan pelbagai dakwaan sekiranya kerajaan madani ini tumbang?

Saya menulis ini khas kepada pemimpin Melayu tanpa mengira parti politik. Marilah kita semua bersatu demi masa depan orang Melayu sendiri.

Sekiranya masih bergaduh, berebut kuasa dan balas dendam politik yang tidak habis-habis, sudah pasti anak cucu bangsa Melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri.-UTUSAN

CIKGU JAMAL
Kuala Rompin, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya