Apa guna buku tulis kalau tidak digunakan

Apa guna buku tulis kalau tidak digunakan

PENGGUNAAN kertas kajang jauh lebih baik dalam mengelakkan pembaziran buku latihan yang tidak habis digunakan setiap kali sesi baharu persekolahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA majoriti rakyat masih terhimpit dengan masalah kewangan disebabkan ekonomi negara tidak menentu dan segalanya naik harga, saya terpanggil untuk menegur pembaziran yang terpaksa dilakukan ibu bapa pada setiap kali sesi persekolahan dibuka.

Selepas tamat sesi persekolahan pada 17 Februari lalu, saya mengemas beg dua anak yang bersekolah rendah dan didapati tiada satu pun mata pelajaran menggunakan buku tulis secara menyeluruh, sebaliknya kurang daripada 15 muka.

Justeru, saya tidak melihat keperluan untuk Kementerian Pendidikan mengekalkan buku tulis sebagai alat wajib untuk dibeli setiap tahun.

Sebaliknya menggunakan kertas kajang untuk setiap mata pelajaran adalah pilihan yang lebih baik. Pelajar boleh membahagikan kertas kajang itu mengikut subjek di dalam fail yang boleh diletakkan di lokar sekolah.

Selain mengelakkan pembaziran, ia juga dapat menyelesaikan masalah beg berat.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN