Minta TM pantau kontraktor muda - Utusan Malaysia

Minta TM pantau kontraktor muda

PELANGGAN Unifi mencecah 2.85 juta orang setakat Jun tahun lalu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DIFAHAMKAN bilangan pelanggan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, Uni­fi yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mencecah 2.85 juta orang setakat Jun tahun lalu.

Dengan TM dikatakan akan melangkah lebih jauh menawarkan produk serta penyelesaian berkeupayaan teknologi rangkaian generasi kelima (5G) sepenuhnya kepada pelanggan Uni­fi, saya berharap pada masa sama dipertingkatkan kecekapan para kontraktor yang menyelenggara sistem rangkaian canggih tersebut.

Ini termasuk memastikan kontraktor terbabit mendapat lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan dipastikan telah lulus Ujian Kecekapan Gentian Optik, Pendawaian Dalaman dan Luaran.

Baru-baru ini, saya mengalami pengalaman buruk apabila kabel gentian optik dari saluran penyelenggaraan TM berhampiran rumah telah terputus angkara kontraktor muda yang berpenampilan seperti ‘remaja sekolah.’

Setelah bertahun-tahun menggunakan Unifi­ , sejak akhir-akhir ini sahaja saya menghadapi masalah sedemikian. Sudah tiga kali dalam tempoh tidak sampai setahun, kabel gentian optik terputus dipercayai ‘angkara’ kontraktor muda terbabit.

Saya juga berharap TM menyatakan secara jelas dalam iklan dan risalah promosi Uni­fi mengenai kos-kos yang perlu dibayar pelanggan sekiranya berlaku kerosakan kabel sambungan dalam saluran penyelenggaraan di luar dan di dalam rumah. Adakah caj dikenakan atau semua kerja-kerja kontraktor adalah percuma?

Segala kelemahan ini perlu diperbetulkan segera oleh TM sebelum syarikat itu mengorak langkah untuk memperkenalkan teknologi lebih canggih, iaitu 6G yang kini sedang diuji oleh Huawei Technologies Co. Ltd. di China.

Kecekapan dan integriti para kontraktor yang dilantik TM perlu ditingkatkan seiring dengan langkah menaik taraf teknologi jalur lebar supaya lebih canggih. – UTUSAN

HAJI HAMZAH, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya