Melabur dari muda elak susah lepas bersara

Melabur dari muda elak susah lepas bersara

KEHIDUPAN lepas bersara lebih bermakna sekiranya bebas bebanan kewangan melalui simpanan pada usia muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MELABUR ialah kaedah hebat untuk meningkatkan kekayaan dan membuat perancangan masa depan kewangan, terutamanya jika bermula ketika masih muda. Ia merupakan strategi penting untuk simpanan persaraan dan juga boleh membantu anda mencapai banyak matlamat kewangan.

Mungkin anda tidak perlu bergantung pada pendapatan bulanan jika merancang membuat simpanan lebih awal. Ini bermakna dengan membuat pelaburan awal, anda akan lebih fleksibel untuk memiliki barang kehendak.

Melalui pelaburan, anda akan dapat melihat sumber kewangan meningkat dengan lebih cepat jika dilakukan secara konsisten. Setiap jenis pelaburan, termasuk pelaburan bulanan dan simpanan persaraan, akan memberi kesan positif.

Malah seseorang itu akan bebas menikmati hari tua tanpa memikirkan masalah kewangan kerana sudah mencapai kestabilan kewangan pada usia muda. Ini kerana aspek yang paling penting adalah bagi memberi masa wang untuk berkembang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat dan pendapat profesional mengenai kewangan.

Jadi, bertindak segera dengan melabur sendiri atau menyumbang kepada akaun pelaburan sedia ada. Adalah dinasihatkan bahawa pelan persaraan bermula dengan mengawal pendapatan semasa dan melaburkannya di lokasi yang selamat. Mengasingkan peruntukan pelaburan daripada peruntukan kecemasan adalah satu lagi aspek kritikal yang tidak boleh diabaikan. Anda juga tidak digalakkan menggunakan peruntukan pelaburan semasa kecemasan.

Anda akan membina kehidupan yang selamat dan berdikari di samping menyediakan diri berdepan cabaran kewangan selepas bersara.-UTUSAN

NURUL HUSNA BALQIS NOR AZRI & PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN