Kaji benar pemilik sambung restoran hingga ke kaki lima - Utusan Malaysia

Kaji benar pemilik sambung restoran hingga ke kaki lima

JANGKITAN Covid-19 akan berkurangan di ruang terbuka tempat awam berbanding ketika berada di kawasan tertutup. – GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEDAR atau tidak, ruang awam mempengaruhi kesejahteraan komuniti. Ia merujuk kepada kawasan awam yang menjadi tempat untuk masyarakat berinteraksi.

Terdapat dasar-dasar di Malaysia yang menyokong kepada penggunaan ruang awam seperti Rancangan Fizikal Negara Keempat mengenai langkah menambah baik kawasan hijau dan meningkatkan interaksi manusia.

Penambahan ruang awam terbabit juga kebiasaannya bakal membabitkan penambahan pokok yang sudah tentu akan mengurangkan pelepasan karbon (gas tidak baik untuk kesihatan) di kawasan bandar.

Ruang awam penting kerana pembinaan berskala tinggi dan berkepadatan tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

Kajian juga menunjukkan reka bentuk bandar yang menyediakan ruang awam boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan mental.

Terdapat kajian di China yang menunjukkan jangkitan Covid-19 di Metropolitan Hubei meningkat lebih dari dua kali ganda dalam kediaman dan menurun secara mendadak di tempat awam.

Sebab itu, banyak negara yang menggunakan ruang awam sebagai salah satu cara alternatif mencegah Covid-19 ketika pandemik itu mengancam dunia sejak 2020.

Antaranya, diperkenalkan program laluan perlahan yang merujuk kepada reka bentuk jalan yang diletakkan pelbagai jenis halangan bagi mengurangkan bilangan dan kelajuan trafik ke tahap minimum supaya orang ramai boleh berjalan, berbasikal dan berjoging dengan selamat.

Ruang awam sedemikian juga menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki dan berbasikal. Antara bandar raya yang memperkenalkan kaedah itu ialah Houston, Oakland dan San Francisco di Amerika Syarikat dan Milan, Itali.

Dalam pada itu, bandar raya Melbourne, Australia pula membenarkan pengusaha restoran membuat sambungan premis mereka sehingga ke kaki lima kedai.

Kaedah sama perlu diperluaskan di Malaysia kerana ruang awam bukan sekadar tempat untuk berinteraksi, bahkan ia bermanfaat untuk kesejahteraan masyarakat. – UTUSAN

MAHERAN HAMZAH, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya