Hati-hati bila ‘main’ saham - Utusan Malaysia

Hati-hati bila ‘main’ saham

WALAUPUN pulangan pelaburan saham tinggi tetapi pelabur berdepan risiko yang agak tinggi juga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESAN buruk seperti inflasi akibat penularan pandemik Covid-19 pada akhir 2019 menyebabkan masyarakat semakin cakna tentang keperluan untuk melabur demi masa depan.

Ada yang memilih untuk ‘bermain’ saham kerana percaya pelaburan itu memberikan pulangan lebih cepat selain bernilai tinggi berbanding menyimpan melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Dengan melabur saham, aset itu mempunyai kecairan sangat tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain, seperti pelaburan harta dan sebagainya. Bahkan pelaburan emas juga mengambil tempoh masa lama untuk mendapatkan keuntungan.

Pelabur boleh menjual sebahagian ataupun kesemua saham yang mereka beli pada bila-bila masa tidak seperti ASB iaitu keuntungan hanya berdasarkan apa yang diumumkan oleh unit amanah tersebut sahaja.

Pelaburan saham juga membolehkan pelabur mendapat keuntungan sehingga 50 peratus dan tidak mustahil mampu mencapai sehingga 200 peratus.Tidak dapat disangkal bahawa dengan menceburi pelaburan saham pelabur boleh membuat keputusan sendiri yang tidak terbatas.

Bukan itu sahaja, pelabur turut dikecualikan daripada cukai seperti termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana ia keuntungan modal.

Walaupun pelaburan jenis ini memberi jaminan pulangan yang tinggi, namun pelabur berkemungkinan hilang keseluruhan pelaburan sekiranya syarikat pelaburan tidak berjaya mengikut kehendak pelabur terutamanya mereka yang hanya melabur dalam satu industri sama.

Contohnya, hanya melabur dalam industri kesihatan kerana beranggapan negara masih memerlukan sarung tangan kerana sektor kesihatan satu-satunya yang meningkat sekitar 2020 hingga awal 2022 tetapi menjunam selepas Mei 2022 dan harga pada ketika itu berada pada paras yang kritikal.

Selain itu, emosi pelabur juga tidak menentu kerana harga saham yang sentiasa naik dan turun. Hal ini akan terjadi kepada individu tamak apabila mengalami kerugian yang besar jika saham tersebut jatuh secara mendadak.

Amat penting untuk pelabur mengkaji dan menganalisis dalam tempoh masa yang lama sebelum melabur dan tidak terikut pelabur lain serta beremosi. Sementara itu, ASB pula lebih stabil kerana bukan sekadar simpanan bahkan dapat memberikan pulangan serta keuntungan yang lumayan untuk jangka masa yang panjang serta pendapatan secara konsisten.

ASB memberi kita pulangan dividen yang tingggi. Ini terbukti apabila ASB yang dijamin kerajaan mampu membayar tujuh hingga 10 peratus tanpa dikenakan sebarang caj-caj tambahan. – UTUSAN

KU NURFARZANA KU AHMAD, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya