Gastronomi halal Malaysia jadi tarikan pelancong - Utusan Malaysia

Gastronomi halal Malaysia jadi tarikan pelancong

PENGUNJUNG antarabangsa yang menghadiri kongres mengenai pelancongan gastronomi mencuba makanan Malaysia di Afyonkarahisar, Turkiye pada Oktober tahun lalu. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELANCONGAN gastronomi adalah aktiviti yang melibatkan makanan tempatan dan budaya makanan unik yang dapat menarik pelancong antarabangsa mahupun tempatan untuk menikmati hidangan berkenaan di negara ini.

Malaysia mempunyai daya tarikan gastronomi yang unik kerana kepelbagaian makanan kaum-kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazan Dusun, Iban, Dayak, Bidayuh dan Orang Ulu.

Hal ini menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan gastronomi yang menarik buat para pelancong. Peningkatan kemasukan pelancong dari Asia Barat dan permintaan tinggi pelancong Muslim tempatan membuka ruang kepada bidang baharu iaitu gastronomi halal.

Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi pakar rujuk industri halal perlu memberikan perhatian sewajarnya bagi membangunkan produk pelancongan mesra Muslim seperti gastronomi halal bagi memenuhi permintaan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Pada 6 hingga 9 Oktober lalu telah diadakan satu kongres mengenai pelancongan gastronomi di Afyonkarahisar, Turkiye. Seramai lima penyelidik Malaysia yang terdiri daripada pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) serta Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah membentangkan kajian tentang gastronomi halal di Malaysia.

Selain itu, delegasi Malaysia mendapat peluang untuk menghidangkan beberapa juadah gastronomi halal Malaysia seperti nasi lemak, sambal ikan bilis, rendang daging, nasi impit, lemang dan serunding ayam kepada pengunjung antarabangsa yang menghadiri kongres berkenaan.

Diharapkan agar kerajaan melalui Pusat Pelancongan Islam di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mempromosikan gastronomi halal sebagai salah satu daya tarikan produk pelancongan mesra Muslim yang ada di negara ini. – UTUSAN

MUHAMMAD IRHAMMUDIN IBRAHIM, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya