Yakin negara mampu bangkit lebih baik - Utusan Malaysia

Yakin negara mampu bangkit lebih baik

PEMBENTUKAN jemaah menteri sudah mengambil pelbagai perkiraan yang cukup lengkap bagi melunaskan segala aku janji dinyatakan semasa kempen PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN perpaduan yang terbentuk melalui gabungan pelbagai parti mewujudkan model pemerintahan baharu yang lebih segar dan bersifat keterangkuman.

Sudah pasti barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan mewujudkan satu pasukan pentadbir eksekutif yang cekap serta mampu menggalas aspirasi rakyat dan negara.

Saya melihat pembentukan jemaah menteri sudah mengambil pelbagai perkiraan cukup lengkap bagi melunaskan segala aku janji yang telah dinyatakan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebagai model kerajaan perpaduan yang pertama di Malaysia, sudah pasti ia mempunyai cabaran tersendiri bagi menangkis segala persepsi dan tohmahan dibuat sesetengah pihak.

Namun, tumpuan utama Kabinet hendaklah untuk membawa perubahan baik kepada iklim ekonomi serta menyelesaikan masalah rakyat dengan kadar segera bagi meyakinkan orang ramai bahawa menteri yang dilantik mampu menyelesaikan isu rakyat.

Bagi memastikan kestabilan negara sentiasa diutamakan, jemaah menteri perlu segera mengambil tindakan awal bagi membuktikan pencapaian jangka pendek dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sebagai contoh, mengemukakan idea dan model bagi penstrukturan semula kewangan negara yang lebih komprehensif serta mengutamakan ketelusan bagi mengelak ketirisan seperti pengumuman Perdana Menteri mewujudkan tender terbuka.

Justeru, jemaah menteri yang dilantik perlu dengan kadar segera mengumumkan dasar dan polisi yang dapat meyakinkan rakyat terhadap kebolehan menteri menjawat sesuatu kementerian.

Contohnya, Kementerian Pertahanan memerlukan komitmen menteri untuk menumpukan aspek meningkatkan kelengkapan persenjataan dan menjaga kebajikan tentera sebagai keutamaan segera.

Kementerian Pendidikan pula harus menumpukan aspek keciciran murid dan kualiti pendidikan. Saya yakin Malaysia mampu bangkit untuk membawa perubahan yang baik. – UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.