Bijak urus masa elak anak jadi beban

Bijak urus masa elak anak jadi beban

GOLONGAN ibu perlu bijak mencuri masa untuk mencari aktiviti bersama rakan agar lebih tenang dalam menguruskan hal keluarga dan kerjaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA selalu dengar ungkapan anak pembawa rezeki, namun sejauh mana kita mempercayai perkara itu? Kita sering kali melihat golongan ibu terutamanya tidak terurus sejak memiliki anak.

Alasannya, tidak sempat kerana sudah mempunyai anak. Bagi saya, kenyataan tersebut amat  idak sesuai kerana soal penampilan diri, terpulang bagaimana cara kita menguruskannya sendiri.

Janganlah salahkan anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa pun. Ini kerana jadual kita, masa kita dan cara pengurusan diri serta keluarga bergantung kepada diri sendiri.

Lelah seorang ibu memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Tetapi percayalah ia akan digantikan dengan ganjaran yang sangat indah.

Jika bijak, pastinya anda mampu menguruskannya dengan baik. Kata kuncinya adalah masa  dan tidak perlu menjadi sempurna. Biasakan diri anda dengan jadual supaya segalanya nampak teratur.

Pengurusan masa yang baik membolehkan anda menguruskan keluarga dan kerjaya. Bangun awal pagi untuk menyiapkan persiapan anak ke taska sebelum membangunkan atau  menunggu mereka bangun. Tidak salah menyediakan stok makanan basah atau kering lebih awal bagi memudahkan waktu pagi anda.

Pastikan juga jaga masa tidur anak agar mereka tidak meragam ketika masing-masing sibuk untuk ke pejabat. Biasakan anak pada pola masa yang sama setiap hari. Ini akan mengajar badan mereka untuk berehat pada masa yang ditetapkan.

Jangan terlalu untuk menjadi sempurna, biasalah ada anak kecil, rumah bersepah, keadaan bising dan sebagainya. Cuba senyum dan hadapi masa-masa ini dengan positif kerana tempoh anak membesar begitu singkat.-UTUSAN

NAZ KHALID

Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.