fbpx

UMNO perlu reset sepenuhnya untuk yakinkan rakyat

UMNO tiada pilihan lain selain reset dan kembali bangkit sebagai sebuah parti baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru melabuhkan tirai dengan menyaksikan majoriti undi Melayu beralih angin menyokong Perikatan Nasional (PN).

Ini secara tidak langsung menunjukkan golongan ini menolak untuk melihat kemungkinan negara dipimpin oleh mereka yang mempunyai kes mahkamah walaupun berulang kali Barisan Nasional (BN) mengatakan calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jika dilihat kekalahan BN kali ini lebih teruk daripada PRU14.

Jelas UMNO perlu reset semula untuk kembali bangkit dengan nafas baharu.

Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih bergerak solo dalam PRU15 selain menolak penyatuan ummah seperti pernah dicadangkan Tan Sri Annuar Musa akhirnya memakan diri.

Malah Ahmad Zahid bertindak menolak calon-calon heavyweight menyebabkan parti tumbang di Perlis. Perak dan  Pahang pula gagal mendapat majoriti mudah.

Jadi, satu-satunya cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO adalah melalui reset semula untuk bangkit dengan nafas baharu. Untuk itu, UMNO perlu pemimpin baharu yang lebih bersedia mendengar suara akar umbi.-UTUSAN

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN