Pilihan raya kecil jika gagal tunai janji - Utusan Malaysia

Pilihan raya kecil jika gagal tunai janji

JANGAN sewenang-wenangnya membatalkan projek yang dijalankan kerajaan terdahulu jika ia terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat. – GAMBAR HIASAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini ada calon-calon yang bertanding adalah terdiri dalam kalangan penyandang sama ada di kawasan sama atau berpindah dari tempat lain.

Pengundi yang peka sepatutnya boleh menyenaraikan segala janji yang ditabur calon terbabit sejak lima tahun lalu. Pencapaiannya calon-calon itu dalam menunaikan segala janji itu harus menjadi kayu ukur untuk pengundi mengekalkan wakil rakyat berkenaan atau mencari calon lain yang lebih baik.

Calon-calon yang bertanding semestinya bukan sahaja bersih daripada rasuah, tetapi wajib mengisytiharkan segala janji yang dibuat sama ada gagal atau berjaya.

Kalau pengisytiharan harta perlu dibuat oleh calon wakil rakyat, mengapa tidak diadakan pengisytiharan segala janji yang telah dibuat sebelum seseorang wakil daripada sesuatu parti itu dipilih untuk dicalonkan atau dicalonkan sekali lagi.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mencadangkan pindaan undang-undang bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan untuk menukar wakil rakyat yang tidak melaksanakan tugas dan gagal menunaikan janji yang dibuat.

Seseorang wakil rakyat bertanggungjawab penuh terhadap janji yang dibuat walaupun sesebuah projek tidak dapat dilaksanakan kerana menghadapi masalah kekurangan peruntukan. Sepatutnya, segala projek yang dijanjikan itu sudah mengambil kira soal kos dan keadaan ekonomi semasa.

Langkah itu akan memastikan kebajikan pengundi sentiasa dijaga dan mengelak wakil rakyat makan gaji buta. Kepada kerajaan baharu jangan sewenang-wenangnya membatalkan projek yang dijalankan kerajaan terdahulu jika ia terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat. – UTUSAN

MANGSA POLITIKING
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya