Perlu hormati kedudukan orang Melayu, Islam

Perlu hormati kedudukan orang Melayu, Islam

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT Malaysia menjunjung kasih atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehingga terbentuknya sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai kerajaan perpaduan.

Ucapan tahniah juga dipanjangkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Tiba masanya pentadbir kerajaan perpaduan berkhidmat sebagai wakil rakyat yang diamanahkan dengan sifat kredibiliti dan berintegriti.

Sememangnya tanggungjawab amat berat sedang menanti dan perlu digalas Anwar sebagai Perdana untuk semua kaum dan pada masa sama perlu lebih tegas secara munasabah dalam memenuhi setiap kehendak semua parti yang menyertai kerajaan perpaduan.

Penting diperjelaskan bahawa definisi ‘perpaduan’ dalam konteks di Malaysia bukan membawa maksud kesamarataan sebaliknya kedudukan orang Melayu dan agama Islam adalah keutamaan serta kepentingan kaum lain wajar dipertahankan sepertimana kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Jangan sampai wujud situasi tidak berpuas hati kerana permintaan jawatan atau dasar yang tidak dipenuhi sehingga membawa kepada penarikan sokongan terhadap kerajaan sedia ada.

Jika ini berlaku, maka situasi seperti ini boleh dianggap sebagai tindakan biadap dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Semua pemimpin parti komponen kerajaan perpaduan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan perlu ikhlas dalam memikul tanggungjawab. Mereka harus menghormati setiap keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri khususnya dalam soal pelantikan jawatan kabinet.

Tiada istilah memilih kroni atau menjadi boneka sesiapa sebaliknya Anwar harus bersifat serius dan tegas bagi merealisasikan definisi sebenar sebuah kerajaan perpaduan yang sebenarnya tidak diterajui oleh mana-mana blok parti.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik dari Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya