Perkasa e-Sukan sebagai sumber sosioekonomi

Perkasa e-Sukan sebagai sumber sosioekonomi

AKTIVITI e-sukan perlu dilihat secara positif kerana ia boleh membuka kepada peluang pekerjaan jika dibangunkan secara baik oleh kerajaan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH tiba masa negara membangunkan e-Sukan secara meluas memandangkan banyak aktivitinya menjadi pilihan anak muda terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.

Bukan hanya remaja, malah kanak-kanak juga dilihat memiliki ketagihan terhadap permainan video ini.

Jadi, daripada menjadi ia ketagihan yang tidak mendatangkan faedah, mengapa tidak memperkasakannya supaya ia membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda?

Ini kerana banyak bidang yang boleh dilihat sebagai peluang pekerjaan antaranya data analisis, jurulatih dan pengulas.

E-Sukan merupakan sebuah industri baharu yang mendatangkan sumber ekonomi kepada individu yang meminati permainan video secara positif.

Bahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah berkata, usaha kerajaan dalam membangunkan e-Sukan dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif termasuk jumlah peruntukan RM13 juta dalam  Bajet 2023 untuk sukan tersebut.

Menurutnya, e-Sukan tidak asing lagi dalam kalangan belia dan tanggapan masyarakat terhadap aktiviti itu juga sudah berubah yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda.

Lihat sahaja bagaimana China melahirkan banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini. Jadi, saya tidak nampak kenapa Malaysia tidak boleh mengikut jejak tersebut.

Oleh itu, amat penting kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan pelbagai program untuk menjadikan e-Sukan sebagai aktiviti berfaedah sekali gus membuka peluang untuk sumber sosioekonomi.

Bagi pelajar sekolah pula, ia boleh dilakukan setiap hujung minggu dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan. Lebih baik kanak-kanak ini melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah daripada biarkan mereka lalai dengan perkara-perkara tidak sihat.

Pihak swasta juga boleh menganjurkan lebih banyak pertandingan agar bakat-bakat mereka dapat diasah. Dedahkan kepada mereka, e-Sukan bukan hanya sekadar permainan video tetapi membuka ruang pekerjaan.-UTUSAN

NAZ KHALID
Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.