Muka baharu kembalikan keyakinan rakyat

Muka baharu kembalikan keyakinan rakyat

CALON Barisan Nasional (BN) mesti memiliki sifat amanah yang tinggi kerana tanggungjawab mereka pikul bukan sahaja akan dipersoalkan oleh rakyat, malah lebih jauh daripada itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARISAN Nasional (BN) telah pun mengumumkan calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 November lalu, Beliau mengharapkan caloncalon yang 70 peratus terdiri daripada muka baharu akan membawa aspirasi rakyat dan mengembalikan kegemilangan negara.

Sementara Presiden UMNO itu sendiri akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal mempertahankan kerusi Bera.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO akan bertanding di Parlimen Rembau.

Yang pastinya, calon-calon yang mewakili BN dalam PRU15 akan dinilai dan dihakimi oleh rakyat.

Justeru, setiap calon sama ada muka baharu atau lama mesti memiliki sifat amanah yang tinggi kerana tanggungjawab mereka pikul bukan sahaja bakal dipersoalkan oleh rakyat, malah lebih jauh daripada itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Bagaimanapun, BN harus bersedia berdepan dengan cabaran besar dalam PRU15 ini. Selain cabaran daripada gabungan partiparti lawan, juga cabaran dalaman melibatkan beberapa pemimpin veteran UMNO yang digugurkan daripada mewakili BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Tokoh-tokoh UMNO yang tidak dicalonkan harus sedar bahawa PRU15 adalah pilihan raya yang boleh dianggap kritikal untuk mengembalikan survival politik UMNO/BN dan juga peluang mengembalikan semula kemakmuran, kestabilan politik serta memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dijaga dengan baik.

PRU14 lalu menjadi pengajaran cukup berkesan buat rakyat betapa buruknya akibat pemerintahan kerajaan yang tidak stabil dan prihatin terhadap kesejahteraan hidup rakyat.-UTUSAN
MOHD. AYOP ABD. RAZID
Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN