Mencegah jenayah menerusi reka bentuk alam sekitar

Mencegah jenayah menerusi reka bentuk alam sekitar

KONSEP Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED) menjadi satu kaedah dan strategi yang boleh juga digunakan bertujuan membantu bandar menjadi lebih mesra kanak-kanak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBUAH bandar yang selamat seharusnya mengambil kira perlindungan masyarakat, alam sekitar dan harta benda termasuklah kanak-kanak. Bandar mesra kanak-kanak adalah penting bagi Malaysia kerana suasana sekeliling akan mempengaruhi pembentukan minda, sahsiah dan perkembangan fizikal golongan itu.

Negara yang maju haruslah memastikan kehidupan kanak-kanak terjamin dan akhirnya membesar menjadi seorang rakyat yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pembangunan dalam semua jenis bidang terutama ekonomi negara.

Semasa sidang Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk Penempatan Manusia pada 1996, Inisiatif Bandar Mesra Kanak-kanak (CFCI) melalui Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibentangkan buat kali pertama (Habitat II).

Sehubungan itu, pada masa kini, pandangan kanak-kanak menjadi faktor yang semakin didengari. Kanak-kanak harus dianggap sebagai salah seorang warganegara yang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan perspektif.

Konsep Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED) telah dibangunkan sebagai tindak balas kepada peningkatan kadar jenayah dan dikenali di seluruh dunia termasuk Malaysia.

CPTED merupakan salah satu strategi pencegahan jenayah dalam Program Bandar Selamat yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 2004.

Sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanakan adalah pengasingan laluan pejalan kaki dan kenderaan dan juga laluan bersepadu untuk peredaran lalu lintas yang lebih baik, penyediaan ciri keselamatan yang mencukupi dan sesuai seperti lampu, kamera litar tertutup (CCTV), penggera keselamatan, penyediaan bollard dan penggunaan reka bentuk susun atur yang menggalakkan pengawasan semula jadi.

Dari sudut alam bina, salah satu halangan paling ketara yang menyumbang kepada kurangnya kanak-kanak bermain di luar rumah dan di kawasan kejiranan kerana peningkatan jumlah trafik kenderaan dan akses tidak baik ke kawasan lapang dan kawasan permainan. Akibatnya, peluang mereka untuk bermain, bersosial dan mengakses komuniti secara bebas telah berkurangan terutama di bandar.

Sikap seperti takut diculik dan kurang keyakinan menjadi punca utama kanak-kanak terpaksa bermain di dalam rumah atau lebih cenderung dengan permainan komputer sahaja.

Boleh dikatakan komponen alam bina untuk bandar mesra kanak-kanak perlu turut berpusat pada pengurusan trafik dan pengangkutan awam yang cekap terutama idea berjalan kaki ke sekolah, reka bentuk persekitaran rekreasi, fasiliti dan ruang awam yang berkualiti khusus untuk kanak-kanak termasuklah akses kepada alam semula jadi dan ruang hijau.-UTUSAN

DR. YONG ADILAH SHAMSUL HARUMAIN
Fakulti Alam Bina Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.