Markah gagal untuk dua calon PN - Utusan Malaysia

Markah gagal untuk dua calon PN

BARISAN Nasional (BN) tidak pernah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur kecuali bagi pembinaan stesen transit aliran ringan (LRT).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI ahli akar umbi UMNO di Wilayah Persekutuan ingin mengulas dua calon yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Selangor dan Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Kami hanya dapat memberi markah 25 per 100 atau gagal kepada calon di Perlis yang pernah memberikan perkhidmatan kepada penduduk Wilayah Persekutuan ketika menjawat jawatan menteri.

Calon terbabit didapati gagal berbuat sesuatu untuk menyelesaikan isu pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur. Begitu juga seorang lagi calon yang pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Titiwangsa.

Kedua-dua mereka nampaknya tidak arif mengenai Akta Pengambilan Tanah 1960 yang menjadi duri dalam daging kepada penduduk.

Pada Ogos lalu, 37 pemilik kediaman di Kampung Baru yang sebelum ini cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan tindakan undang-undang di bawah akta terbabit.

Undang-undang itu boleh dikuatkuasakan setelah 89 peratus atau 291 penduduk sudah bersetuju dengan pembangunan semula kawasan terbabit.

Barisan Nasional (BN) dalam kenyataan selepas itu menyatakan selama 61 tahun memerintah negara, ia tidak pernah menggunakan akta tersebut untuk mengambil tanah penduduk Kampung Baru kecuali bagi pembinaan stesen transit aliran ringan (LRT).

Sebaliknya, langkah itu dibuat ketika negara diperintah PN. Mungkin sebab itu, salah seorang daripada mereka ‘lari’ dan tidak bertanding lagi di Parlimen Titiwangsa.

Seorang lagi pula digugurkan sebagai calon. Insya-Allah, penyokong UMNO/BN di kawasan Parlimen terbabit tidak akan mengundi mereka lagi pada 19 November ini. – UTUSAN

AHLI AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya