BN mampu pulih semula kestabilan politik, kesejahteraan rakyat

BN mampu pulih semula kestabilan politik, kesejahteraan rakyat

SEKIRANYA Barisan Nasional (BN) mendapat kembali mandat daripada rakyat, maka agenda membina kembali kesejahteraan dan kemakmuran negara akan dapat diteruskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT telah melakukan satu uji kaji politik tanpa memikirkan risikonya dengan memberikan kuasa kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir dan mengurus negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu selepas dieksploitasi sepenuhnya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuduh negara menuju kemuflisan. Maka, PH berjaya meraih undi yang besar untuk membentuk kerajaan baharu.

Ramai yang hilang pertimbangan terkena ‘jampi mantera’ PH sehingga menolak UMNO/ Barisan Nasional (BN).

UMNO/BN turut digambarkan sebagai parti rasis selain bergelumang rasuah dan penyelewengan. Sedangkan selama 60 tahun UMNO mentadbir, bukan sedikit manfaat dan kebaikan dapat dinikmati oleh semua kaum hingga menjadi kukuh kedudukan sosioekonomi dan sosiopolitik.

Malangnya, pentadbiran menjadi tidak keruan dan rakyat sukar memahami apa yang ingin dibawa PH. Pemimpin tertingginya berbalah sesama sendiri kerana kuasa dan mahukan agenda masing-masing terlaksana sehingga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa meletak jawatan dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan dan politik yang tidak stabil di bawah PH telah meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada negara dan rakyat.

Yang jelas di dalam kerajaan PH, DAP dilihat sangat berpengaruh dengan agenda kepartiannya dan kerajaan seolah-olah hilang semangat nasional. Kerajaan yang cacamarba ini ternyata menyukarkan urusan pentadbiran terutama usaha menarik keyakinan pelabur.

Kakitangan perkhidmatan awam juga sukar melaksanakan tanggungjawab kerana banyak flip-flop dalam arahan-arahan menteri, malah ada sesetengah menteri yang cuba melanggar polisi atau dasar utama negara. Keadaan ini membuka mata rakyat untuk memahami tabiat buruk sebenar yang wujud dalam PH.

Saya melihat UMNO/BN mampu untuk mendapat kembali mandat rakyat dengan sokongan majoriti termasuk dalam kalangan pengundi muda. Ini penting untuk menamatkan gerhana politik yang melanda negara ketika PH berkuasa dan selepas kejatuhannya. Kerajaan PH hanya mampu memerintah selama 22 bulan. Hanya selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memimpin kerajaan, keadaan negara kembali tenang dan pentadbiran mula berjalan dengan baik.

Ini bermakna Bajet 2023 yang telah dibentangkan dengan pelbagai insentif untuk rakyat juga akan dapat dilaksanakan bagi dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.-UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID
Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya